Wanita itu adalah 'bunga' yang mekar di muka bumi ini,
Wanita yang CANTIK adalah wanita yang menjalankan segala perintah TUHANNYA,
Walau seberat mana pun TANGGUNGJAWAB sebagai seorang wanita,maka wanita yang CANTIK tidak rasa jemu dan mengalah dalam melaksanakan tanggungjawab kepada TUHANNYA,
Jika hari ini, seorang lelaki lebih menilai seorang perempuan daripada wajahnya,
Maka mereka 'terkurang' menilai seseorang wanita itu,
Cantik wanita adalah pada AKHLAKNYA,
Adakah anda rasa jawapan saya tidak begitu tepat?
Cuba lihat sendiri,
Di dada-dada akhbar,
Banyak menerangkan statitik wanita 'tercantik' pada wajahnya,
Putus pertalian yang 'halal',
Mengapa berlaku perkara sedemikian?
Bukankah kerana cantiknya wajah wanita mampu mengekalkan 'kebahagian' dunia akhirat?
Dewasa ini,wanita yang bertudung labuh di hina,
Katanya zaman sudah berubah,malah manusia sudah 'moden',
Berpakaian 'ala-ala' wanita seksi sudah menjadi 'trend' anak-anak muda,
Lalu,mereka yang dahulunya 'manis' dan cantik apabila bertudung,
Kini tanpa segan-silu 'mencampakkan' tudung itu,
Maka,malaikat juga tanpa segan silu akan 'mencatat' dosa tersebut,
Adakah kamu wahai wanita tidak malu dengan keadaan di sekeliling?
Kamu memarahi kaum adam kerana menegur kamu,tetapi adakah kamu pernah terfikir?
Kami kaum adam menngambil berat akan kamu,
Kami dididik menjadi 'pemimpin' kepada kamu,
Tetapi kini kamu menegur semula teguran kami..
Wahai wanita,
Cantiknya seseorang wanita itu adalah pada AKHLAKNYA,
Bukanlah pada wajahnya,
Tetapi seorang wanita yang 'complete',
Memiliki kesemua 'adunan' ini..
Mungkin akan 'membawa' kepada 'ISLAM' yang sebenar,
Siapa tahu?
Mengapa saya berkata sedemikian?
Cuba lihat akhlak nabi kita,
Hanya dengan akhlak yang mulia yang nabi tonjolkan,
Maka,ramailah orang kafir yang memluk islam,
Di sini, anda sebagai seorang wanita,
Mempunyai sebuah 'mahkota',
Hargailah mahkota itu daripada dirampas 'orang lain',
Contohilah 'wanita' pada zaman RASULULLAH,
Wahai wanita,
Anda kelihatan cantik sekiranya bertudung,
Anda kelihatan menawan sekiranya anda tidak membiarkan diri anda 'diceroboh' manusia lain,
Maka di situ anda boleh dikatakan anda adalah WANITA CANTIK!
2 comments:
Akhir zaman.. :)
jadilah wanita yang cantik ye..
haha ,
insya allah ;)
ty yaww :)
Post a Comment